Sinar Dhuha

Posted on



Assalamualaikum.Ikhwah dan Akhowat sekalian,

Alhamdulillah,sekarang kita sudah berada di fasa 10 malam terakhir Ramadan.Antara kemuncak PSR Kemaman ini ialah Program Iktikaf Perdana yang akan dilaksanakan di Masjid Jamek Kerteh bermula malam ini 21 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1433H .Dijemput semua ikhwah dan akhowat  hadir untuk berikhtikaf bersama sama.InsyaALLAH,SAHUR juga akan disediakan sepanjang program ikhtikaf tersebut.Jom kita hadir bersama sama dengan keluarga,rakan-rakan dan jiran tetangga.Program Iktikaf Perdana ini merupakan program kerjasama dengan Pihak PSR Kemaman,Pertubuhan IKRAM Kemaman dan Pejabat Agama Daerah Temerloh serta JK Masjid Jamek Kerteh.Ayuh semua REBUT GANJARAN 10 MALAM TERAKHIR !!!



Read More
Posted on


Slot PSR Kemaman:Program Belia dan Remaja Raikan Ramadan


Program Remaja Raikan Ramadan (3R) dengan kerjasama IKRAMTeens Kemaman dan Pejabat Agama Daerah Kemaman akan diadakan secara serentak di 2 buah Masjid terpilih iaitu Masjid Sultan Ahmad Syah Kemaman dan Masjid Felda Kerteh 5.Pendaftaran masih terbuka kepada sesiapa yang berminat .

Tarikh:3 hingga 4 Ogos 2012/14 hingga 15 Ramadan 1433
Masa:Bermula Pukul 8 pagi(Pendaftaran)

Sekiranya berminat,anda boleh terus mendaftar dengan menghubungi

Lokasi 3R:Masjid Felda Kerteh 5
Saudara Azri(013-4463492)/Kak Noraini(0195202605)

Lokasi 3R:Masjid Sultan Ahmad Syah Kemaman
Saudara Encik Ahmad Nadhir Bin Yob : 013 4743620/ Cik Ainul Mardhiah Binti Zameran : 012 9838577

Apa tunggu lagi????Jom DAFTAR sekarang..Pelbagai aktiviti menarik menanti adik adik semua...RAMADAN ........MENYEGARKAN....;)
Read More
Posted on
Jom LIKE PAGE Program Semarak Ramadan Kemaman sebagai tanda sokongan anda semua.!

Ayuh semua..Sebarkan !



Read More
Posted on

Alhamdulillah,berita mengenai Majlis Pelancaran Program Semarak Ramadan 1433H Peringkat Daerah Kemaman di Sinar Harian hari ini..

Jom Semarakkan Ramadan !



Read More
Posted on
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 34

Pukulan Untuk Mendidik

"Adapun hak kamu ke atas mereka bahawa mereka tidak membenarkan
hamparan-hamparan kamu diduduki oleh orang yang kamu benci. Jangan pula
mereka izinkan rumah-rumah kamu dimasuki oleh mereka berkenaan. "Adapaun
hak mereka ke atas kamu ialah kamu membuat baik terhadap mereka dengan
menyediakan pakaian dan makanan yang secukupnya kepada mereka."

Apakah yang dimaksudkan dengan pukul yang tidak mencacatkan. Ada ulama
mengatakan pukulan seumpama itu ialah termasuk menampar dan  menumbuk.

Seorang ulama Tabiin, Ato' bertanyakan Ibnu Abbas: "Apakah pukulan tidak
mencacatkan itu?."Ibnu Abbas menjawab: "Pukul dengan menggunakan berus
gigi (siwak) atau seumpamanya."

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar r.a. pernah memukul isterinya kemudian
beliau dicela  atas perbuatannya itu.Beliau ditanya mengapa beliau
memukul isterinya.

Umar menjawab: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: "Tidak ditanya pada hari qiamat, orang lelaki yang memukul
kerana mengajar isterinya."

Allah SWT telah menjadikan perempuan solehah itu , lebih baik dari dunia
dan segala isinya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:"Sebaik-baik perempuan itu ialah apabila engkau melihatnya
kamu bergembira. Dan apabila engkau memerintahnya dia mentaati mu. Jika
engkau tidak ada di sisinya dia memelihara dirinya dan menjaga harta
kamu."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Suka ataupun tidak jika aku
memberitahu bahawa sebaik-baik sesuatu yang disimpan oleh seorang lelaki
itu (suami) ialah perempuan solehah. Apabila dia melihat perempuan itu
dia bergembira, apabila dia menyuruh, perempuan itu  mentaatinya.
Apabila lelaki itu tiada di sisinya, perempuan berkenaan memelihara
dirinya."

Adapun perempuan derhaka itu ialah  perempuan yang tidak taat kepada
suami dalam perkara yang diperintahkan Allah SWT atau mentaati suami
yang menyuruhnya melakukan perbuatan yang diharamkan Allah SWT seperti
zina dan seumpamanya.

Seorang perempuan itu tidak akan derhakakan suami sekiranya dia tidak
taat kepada suaminya yang menyuruhnya melanggari perintah Allah SWT. 

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Read More
Posted on
Kuliah Subuh Tamrin As-Sabat(24 Okt 1998)

Muqaddimah

Muslimah yang berusaha untuk membentuk dirinya menjadi peribadi solehah pasti akan berhadapan dengan rintangan ,tentangan,cabaran  dan halangan dari pelbagai pihak yang menlingkunginya . Justeru itu , dalam kuliah subuh pagi ini kita akan melihat beberapa rintangan dan halangan menonjol dalam usaha tersebut .

Orang di sekeliling anda

Yang dimaksudkan di sini ialah ibu , ayah , saudara , kaum –kerabat suami sekiranya sudah bersuami , sahabat , tetangga …

Halangan dari :
-Ibu :
· bimbang anda akan menjadi anak dara tua kerana mereka bimbang tiada jejaka yang akan memilih anak mereka yang mengenakan jilbab
· Jejaka sekarang lebih suka kepada gadis yang manis,yang cantik , yang mengenal rentak hidup masakini dan mengikut peredaran zaman kononnya .

-Bapa dan adik beradik :
· Mereka khuatir akan dipersalahkan dan dimalukan oleh anda disebabkan cara pakaian yang anda kenakan berbeza dengan anak-anak tetangga yang lain (mendedahkan aurat dan berhias )

-Suami (sekiranya sudah bersuami)
· Kurang setuju dengan kesibukan yang anda luangkan untuk itu . Mereka beranggapan bahawa kesibukan anda banyak mengambil masa keluarga dan sampai ke satu tahap mereka menyangka bahawa anda tidak memberi perhatian kepada rumah tangga .

-Teman, sahabat …
· Mereka menyangka bahawa anda sengaja mencari pebezaan dikalangan mereka dengan pakaian anda akan menyingkap perbuatan mereka yang tidak mengikut kehendak Allah (menutup aurat)



Pola hidup moden


Segala kemudahan dan prasarana  yang mengisi ruang kehidupan masakini  semakin mencabar muslimah yang berusaha untuk mendidik diri mereka dengan akhlaq muslimah sejati .

Fesyen pakaian ,aneka ragam kosmetik ,salon-salon kecantikan , berbagai iklan dan hiburan yang menggunakan wanita sebagai penariknya setiapa hari dipampangkan kepada pandangan umum .
Media massa informasi moden yang dikendalikan oleh Yahudi tiada henti-henti meracuni kemurnian fitrah muslimah yang dcanangkan dan disarankan oleh Islam .
Gambaran yang mengelirukan bagi muslimah tentang Islam .
Filem dan drama yang melekakan dan membakar nafsu , merosakkan mental , membejatkan  moral muslimah remaja . Mereka lakukan semua itu dengan alasan bahawa mereka mengikut selera penonton dan pendengar .

Sebaai contoh :
Salah satu ciri muslim ataupun muslimah ialah pada malam Jumaat yang seharusnya diisi dengan ibadah , zikir dan aktiviti lain yang sihat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah telah diganti dengan akktiviti menonton televisyen berbentuk hiburan . Sepatutnya bangun malam untuk melaksanakan tahajjud dan tilawah al-Qur’an ,tetapi ia diganti dengan berjaga malam untuk bersama-sama dengan filem-filem dan aktiviti tidak senonoh hingga menjelang fajar .
Cerita-cerita box office di malam Jumaat .

GEJOLAK Nafsu

Nafsu yang tidak dapat dikawal seringkali membawa empunya diri menikmati nikmat dunia tanpa batasan halal dan haram .

· Remaja dan tipu daya
Mereka melaungkan slogan bahawa masa muda untuk enjoy dan merasa segala kenikmatan  duniawi ,huru-hara dan berfoya-foya .
Mereka sering melupakan bahawa kematian itu hanya timbul pada waktu tua dan mereka lupa bahawa kematian selalu mengintai-ngintai mereka bersiap sedia untuk meragut nyawa mereka apabila dititahkan Allah .
Oleh itu muslimah remaja perlu sedar dan insaf sedalamnya supaya sentiasa mengemukakan beberapa soalan yang selalu sengaja dilupakan oleh remaja :
Tidak mustahil kematian dalam usia muda , oleh itu apakah persiapan yang dilakukan untuk berhadapan dengan kematian sebab kematian itu satu kepastian . Soalan ini diulang-ulang supaya kita bersedia untuk mencari jawapan yang tepat dan betul kepada soalan tersebut .
· Memenuhi Keperluan kesihatan,kecantikan dan keinginan-keinginan jasmani
Perubahan biologi remaja muslimah :
-Perasaan seksual semakin meangsang , berghairah dan romantis , ingi mencintai dan dicintai oleh teman yang berlainan jantina .Hal ini membuatkan mereka rasa bingung ,cemas dan bimbang .
-Apabila memerhatikan lawan jenisnya ,ia mula memerhatikan dirinya sendiri , mula mementingkan diri sendiri dan mengkagumi diri sendiri .
Maka ia sangat berhati-hati merawat dirinya atau jasmaninya dan berlebihan dalam melihat kekurangan dan kesalahan dirinya . Remaja seringkali menyalahkan orang lain di sekelilingnya  seperti ibu dan ayahnya serta orang dewasa yang lain apabila melakukan kesalahan . Kerana mereka malu bila orang mengetahui kesalahannya . 


Panduan  untuk mengendalikan gejolak nafsu :
· Menghindarkan diri daripada membaca buku-buku atau cerita atau gambar porno .Memanfaatkan setiap ruang waktu sebaiknya dengan aktiviti positif .Tutup semua pintu untuk berkhayal secara negatif dan menimbulkan berahi nafsu . Sekiranya anda membenarkan diri untuk berkhayal bermakna anda membuka peluang yang besar kepada anada untuk melakukan maksiat dan dosa tanpa anda sedari.  

· Peliharalah mata dan pendengaran anda dari pandangan yang boleh meningkatkan gejolak nafsu .
· Banyakkan berpuasa sunnat dapat meredum dan mengurangi nafsu .
· Banyak menelaah kehidupan wanita solihah ang selalu tabah dalam menghadapi ujian dan cabaran . Spt; Rabi’ah al’Adawiyah ,Zainab bt. Ghazali (Pimpinan Akhawat Muslimah di Mesir)  


Penutup :
Rintangan dan halangan adalah sunnah alam .
Oleh itu tidak dapat tidak muslimah perlu menunjukkan sikap yang positif dan membina dalam menghadapi sebarang rintangan  . Di antara sikap yang diperlukan untuk menghadapi rintangan tersebut ialah cuba memahami sepenuhnya tabiat rintangan dan bersedia untuk menghadapinya agar nanti tidak terkejut dengan kehadirannya lalu melemahkan semangant kita  untuk menjadikan diri kita sebagai muslimah yang solihah dalam masyarakat .

Read More
Posted on
Rasulullah sudah yatim sejak dilahirkan, kerana ayahnya wafat ketika ia masih dalam kandungan ibunya. Dalam usia enam tahun, kepedihannya bertambah setelah ibunya wafat menyusul ayahnya. Muhammad kecil diasuh oleh kakek, kemudian berpindah lagi kepada pamannya, Abu Thalib.

Meskipun hanya beberapa tahun berada dalam dekapan ibunya, Rasulullah merasakan benar kasih sayangnya. Kenangan manis bersama ibunda sangat membekas, melahirkan sifat kasih dan hormat, terutama kepada kaum ibu. Kepada ibu-ibu yang pernah menyusuinya, beliau memberikan penghormatan dan penghargaan yang setingi-tingginya.
Dalam Sunah Abu Daud, diriwayatkan dari Abu Thufail ra, katanya: "Aku pernah melihat Nabi saw sedang membagikan daging di al-Ji'ranah, tiba-tiba ada seorang perempuan datang sampai dekat kepada Nabi saw, lalu beliau menghamparkan mantelnya untuk perempuan itu. Maka ia duduk di atasnya. Lantas aku bertanya, `siapakah perempuan itu?' Para sahabat menjawab, `ia adalah ibu beliau yang pernah menyusuinya.'

Islam memberikan perhormatan dan kedudukan yang amat tinggi kepada para ibu, sampai sampai disebut bahwa "surga berada di telapak kaki ibu". Seseorang yang menghormati ibunya akan ditempatkan di surga, sementara anak yang mendurhakai ibunya akan ditempatkan pada posisi yang hina.
Adalah Umar bin Khaththab seorang anak yang sangat hormat kepada ibunya, sampai dalam masalah yang sekecil-kecilnya. Dalam hal makan, misalnya, ia tidak pernah makan mendahului ibunya. Ia bahkan tak berani makan bersama-sama dengan ibunya, sebab ia khawatir akan mengambil dan memakan hidangan yang tersedia di meja, sementara ibunya menginginkan makanan tersebut. Baginya, seorang ibu telah mendahulukan anaknya selama bertahun-tahun ketika sang anak masih kecil dan lemah.
Kasih ibu tak pernah terbalas oleh apapun juga. Yang bisa dilakukan anak hanyalah memberi penghormatan dan pelayanan, terutama ketika mereka sudah tua dan dalam keadaan lemah. Dalam hal ini Rasulullah mengingatkan kaum muslimin, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim, beliau bersabda:
Dari Abu Hurairah ra, katanya, Rasululah saw bersabda, "Hidungnya harus direndahkan ke tanah, hidungnya harus direndahkan ke tanah, hidungnya harus direndahkan ke tanah." Beliau ditanya: "Ya Rasulullah, siapa?" Jawabnya, "Orang yang mendapatkan kesempatan baik untuk membantu kedua orang tuanya di masa tuanya, baik salah satunya maupun kedua-duanya, tetapi ia gagal mendapatkan dirinya masuk surga."

Dengan alasan apapun, orang tua, terutama ibu harus mendapatkan penghormatan dan pelayanan yang utama. Sesibuk apapun, sesulit apapun, ibu harus tetap dihormati dan dilayani. Ketika ia memanggil, maka pangilannya harus segera dijawab. Yang menghalangi panggilan ibu untuk tidak dijawab hanya satu, yaitu ketika seseorang sedang menjalankan shalat fardhu. Di luar itu, semua panggilan ibu harus dijawab. Misalnya, seorang yang sedang mengerjakan shalat sunnah, tiba-tiba sang ibu memanggil, maka panggilan ibu hendaknya dipenuhi terlebih dahulu. Shalat sunnah untuk sementara dibatalkan, untuk memenuhi panggilan ibu.
Dengan demikian, tidak ada alasan bagi anak mengabaikan panggilan ibunya. Ketika sang ibu menahan rindu kepada anaknya, sedang ia menelpon agar anaknya pulang, maka anak yang shalih akan mengusahakan dengan segenap daya untuk memenuhi panggilannya. Apalagi jika sang ibu sedang sakit atau sedang membutuhkan bantuan.
Dalam satu hadits yang amat panjang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasululah menceritakan:

"... Juraij adalah seorang ahli ibadah, lalu ia membuat biara agar ia dapat lebih tenang beribadah. Tiba-tiba datang ibunya sedang ia masih tengah melakukan shalat, lalu sang ibu memanggil: `hai Juraij!' Kemudian Juraij berkata (dalam hati), `Wahai Rabbi, kupenuhi panggilan ibuku atau aku tetap melaksanakan shalat?' Maka ia pun melanjutkan shalatnya, sampai ibunya berpaling. Esok harinya, sang ibu datang kembali sedang ia masih dalam keadaan shalat, kemudian sang ibu memanggil, `Hai Juraij!' Maka berkalah ia (dalam hatinya), `Ya Tuhanku, ibuku atau shalatku?' Maka ia pun melanjutkan shalatnya. Kemudian pada esok harinya sang ibu datang kembali, sedang ia masih shalat, lalu sang ibu memanggilnya, `Hai Juraij!' Ia pun berkata (dalam hatinya), `Ya Allah, ibuku atau shalatku?' Ia pun melanjutkan shalatnya. Maka ibunya berdo'a, `Ya Allah, janganlah Engkau matikan ia sebelum ia melihat wajah pelacur!" Maka kesohorlah nama Juraij di kalangan Bani Israil sebagai seorang ahli ibadah."
"Kemudian ada seorang pelacur yang terkenal kecantikannya bersumpah, jika kalian setujui, aku akan menggodanya. Lalu perempuan itu menampakkan diri di hadapannya tetapi sama sekali Juraij tidak memperhatikannya. Kemudian pelacur itu mendatangi seorang pengembala kambing yang tinggal di biara Juraij untuk digodanya sehingga terjadilan perbuatan mesum sampai ia hamil. Setelah perempuan itu melahirkan, ia berkata `Anakku ini adalah hasil hubunganku dengan Juraij.' Maka orang-orang berdatangan ke tempat Juraij, kemudian ia diturunkan dari biaranya, kemudian biara itu dihancurkan.

Juraij bertanya, "Mengapa kalian berbuat seperti ini?"
Orang-orang itu menjawab, "Sebab engkau telah berbuat mesum dengan pelacur itu hingga ia melahirkan anak dari hasil hubungan gelapnya denganmu!"
"Mana bayi itu?" tanya Juraij kemudian bertanya kepada si bayi, "Hai bayi, siapakah ayahmu?" Aneh bin ajaib tiba-tiba bayi itu bisa berkata, "Si Fulan, seorang pengembala kambing."
Atas kejadian itu masyarakat merangkul Juraij, menciumnya, serta mengelus-elus badannya seraya mereka berjanji, "Kami akan membangun biaramu dari emas." Juraij berkata "Tidak, kembalikan saja sebagaimana semula terbuat dari tanah liat." Maka merekapun kembali membangun biaranya... (HR. Bukhari dan Muslim)
Nukilan hadits panjang dalam Shahih Bukhari dan Muslim itu merupakan pelajaran bagi ummat Muhammad agar mereka senantiasa menghormati dan memenuhi panggilan ibunya. Sekalipun untuk tujuan ibadah, mengabaikan panggilan ibu merupakan kesalahan yang bisa fatal akibatnya. Jika seorang ibu sampai sakit hati, lalu ia berdo'a, maka do'a itu langsung menuju ke `Arsy dan diterima Allah. Untung jika do'anya baik, tapi kalau sang ibu berdo'a untuk kecelakaan anaknya, maka bisa fatal akibatnya.

Juraij adalah contohnya, sekiranya ia sejenak menemui ibunya, membatalkan shalat sunnahnya, fitnah itu tak akan pernah sampai dialaminya. Akan tetapi karena ia mengabaikan panggilan ibunya, maka fitnah sebagaimana yang diharapkan ibunya akhirnya menimpanya. Untungnya si bayi mendapat mu'jizat berupa kemampuan untuk berkata sehingga bisa menunjuk seseorang sebagai ayahnya. Jika tidak, bukan saja biaranya yang dirusak massa, tapi juga dirinya.
Kisah Juraij di atas mengingatkan kita pada seorang sahabat yang bernama al-Qomah. Ketika sakaratul maut ia menghadapi masalah besar, seolah Malaikat mempermainkan nyawanya. Merasa iba terhadap nasib al-Qomah, Rasululah kemudian memanggil ibunya agar ia mau datang menemui anaknya dan memaafkan kesalahan. Setelah sang ibu memaafkan, maka lancarlah kematiannya.

Dalam ajaran Islam, tidak bersegera memenuhi pangilan ibu sudah tercatat sebagai dosa, bahkan sekadar berkata "uf" kepada orang tua, sudah tergolong perbuatan durhaka. Apalagi membentak, apalagi melakukan kekerasan kepadanya. Durhaka kepada orang tua, terutama ibu merupakan dosa besar setelah syirik kepada Allah. Bahkan dosa ini tergolong dosa yang tak terampuni. Dalam Sya'bul Iman dikisahkan bahwa Abu Bakrah ra, berkata, Rasulullah saw bersabda: "Semua dosa akan diampuni oleh Allah ta'ala di antaranya yang Dia kehendaki, kecuali perbuatan durhaka kepada kedua orang tua. Sesunguhnya perbuatan ini dapat mempercepat kehidupan pelakunya sebelum ia mati."•

Read More
Posted on


Pertemuan dengan Wajah Berseri-seri

Sesungguhnya pertemuan antara sesama muslim adalah sebaik-baik pertemuan di muka bumi. Di dalamnya terkandung rasa cinta, keikhlasan, kejujuran dan kegembiraan. Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam menekankan kepada kita akan pentingnya pertemuan. Beliau bersabda:
" Janganlah sedikitpun kamu mengabaikan kebaikan meski (hanya) dalam bentuk menjumpai saudaramu dengan wajah yang berseri-seri." (HR. Muslim).
Syaikh Ahmad Ad Daumi mengatakan, sesungguhnya muslim yang sebenarnya itu jika berjumpa dengan saudaranya wajahnya akan berseri-seri, senyumannya tulus, pandangannya berbinar, kata-katanya bisa membuat keceriaan , ia merasa bahwa cintanya amatlah dalam serta persaudaraannya sangatlah kuat. Seakan-akan mereka adalah ranting-ranting cabang dari pohon yang satu. Mereka tak ubahnya satu jiwa dalam banyak tubuh. Inilah hakikat kehidupan dan rasa persaudaraan yang benar.
Urwah bin Zubair berkata, hendaklah kamu memiliki wajah yang selalu berseri-seri dan tutur kata yang halus maka kau akan dicintai manusia serta kamu termasuk orang yang telah menjadi penderma bagi mereka.
Al Fudhail bin Iyadh berkata, pandangan muslim pada saudaranya dengan wajah yang menggambarkan perasaan cinta dan kasih sayang adalah ibadah.
Dan bukankah wajah ceria menandakan apa yang ada di dalam hati? Bila hati telah menyatu maka kebaikan akan dengan mudahnya mengalir dari kedua belah pihak. Masing-masingpun menjadi bahagia.


Saling Memberi Nasehat
Memberi nasehat adalah bukti perhatian dan kecintaan seseorang kepada orang yang ia nasehati. Dalam komunitas masyarakat muslim, nasehat adalah kebutuhan mutlak, baik nasehat itu bersifat duniawi maupun ukhrawi. Bahkan dalam hadits riwayat Tamim Ad Dari disebutkan, Rasul ShallahuAlaihi wa Sallam bersabda:
"Agama adalah nasehat, kami bertanya untuk siapa wahai Rasulullah? Beliau menjawab, untuk Allah, RasulNya dan para pemimpin umat Islam serta orang-orang pada umumnya." (HR. Muslim)
Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Radhiallahu Anhu bahwasanya ia berkata: :
"Aku berbai'at kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam untuk mendirikan shalat, membayar zakat dan memberi nasehat kepada setiap muslim." (HR. Al Bukhari)
Dengan nasehat seorang muslim yang hendak melakukan kesalahan akan segera meninggal-kannya. Bila terlanjur melakukan-nya maka kesalahan yang dilakukannya tidak sampai menjadi kebiasaan.
Karena itu sering orang tidak bisa melupakan kebaikan kawan yang telah menasehatinya sehingga ia termasuk orang yang ta'at kepada Allah. Dan di situlah ia merasakan makna dan kebahagiaan pertemanan. Tetapi terkadang pula, nasehat bisa disikapi negatif, bahkan dibalas dengan kata-kata keji dan penganiayaan fisik. Untuk itu kita harus bersabar dalam menghadapi resiko memberi nasehat. (QS. 103:3)


Memenuhi Undangan
Sungguh amat membahagiakan bila kita mengundang kawan dan kolega dalam suatu acara yang kita selenggarakan kemudian mereka datang. Sebaliknya akan sangat kita sesalkan dan bahkan menyakitkan bila mereka menolak datang. Karena itu, memenuhi undangan berarti membahagiakan orang lain, mematri hakekat persaudaraan dan menambah kecintaan sesama muslim. Di samping, ia juga pertanda kemurnian jiwa.
Untuk itu, ajaran Islam sangat menekankan pentingnya masalah ini. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Radhiallahu Anhu, bah-wasanya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sal-lam bersabda: "Bila di anta-ra kamu diun-dang makan maka penuhilah, bila menghendaki (untuk makan) maka ma-kanlah dan bila menghen-daki (untuk tidak makan) maka tinggal-kanlah (janganlah kamu makan)." (HR.Muslim)
Bahkan Ibnu Umar Radhiallahu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bahwa tidak memenuhi undangan (yang dibenarkan syara') sebagai salah satu bentuk kemaksiatan kepada Allah dan RasulNya (HR. Muslim).
Karena itu, jika tidak ada udzur (yang dibenarkan syara') hendaknya kita menghadiri undangan. Memenuhi undang-an bisa menambah rasa cinta, kasih sayang dan ketulusan jiwa di antara sesama. Juga dapat bermanfaat untuk saling mengenal dengan sesama undangan lain.


Menjenguk Orang Sakit
Di antara hak seorang muslim atas muslim lainnya -seperti ditegaskan dalam hadits riwayat Muslim- adalah bila ia sakit maka ia berhak untuk dijenguk. Hak adalah sesuatu yang harus dimiliki. Sebagaimana orang fakir miskin berhak atas sebagian harta orang-orang kaya. Maka orang sakit mesti dijenguk, sehingga mendapatkan hak-nya. Karena itu, akan sangat mulia bila lembaga-lembaga keagamaan atau sosial memperhatikan orang-orang sakit terutama dari kalangan fakir miskin dengan misalnya memberikan santunan obat-obatan, makanan bahkan membebaskannya dari biaya rumah sakit. Ada baiknya, hal ini diorganisir secara baik, ada anggota-anggota, para donatur dan giliran menjenguk secara berkelompok ke rumah sakit-rumah sakit yang ditentukan.
Bagi si sakit, dijenguk laksana menemukan oase (sumber air) di tengah gurun sahara kering. Rasa sakitnya akan sedikit terobati, apalagi bila yang menjenguk pandai menghibur dan memberikan harapan serta nasehat. Karena itu tak tanggung-tanggung, Rasul Shallallahu Alaihi wa Sallam mengumpamakan orang yang menjenguk si sakit dengan sabdanya:
"Sesungguhnya seseorang itu bila menjenguk saudaranya yang sakit senantiasa dalam khurfatul jannah sampai ia pulang. Ditanyakan, wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan khurfatul jannah itu? Nabi menjawab, memetik buah Surga yang telah matang." (HR. Muslim)
Begitulah, menjenguk orang sakit merupakan perbuatan yang dapat membahagiakan hati sesama muslim, dapat meringankan beban yang dideritanya dan mengingatkannya untuk tetap bersabar dengan ujian yang sedang dialaminya.


Tidak Menjadi Beban Orang Lain
Termasuk yang dapat membahagiakan hati sesama muslim ialah tidak menjadi beban baginya dalam urusan apapun.
Karena itu, dalam hubungan antar sesama hendaknya kita selalu mengusahakan untuk bisa menolong dan membantu orang lain. Bukan sebaliknya, selalu menghujaninya dengan berbagai permintaan dan hal-hal yang membuatnya merasa sempit, tertekan dan merugi. Selalu menggantungkan kepada orang lain dan menjadi beban baginya adalah perbuatan tidak terpuji, bahkan lambat laun akan merusak hubungan kita dengan sesama.
Para salafus shaleh sangat menjaga diri untuk tidak merepotkan apalagi menjadi beban orang lain. Suatu ketika, Abu Bakar Radhiallahu Anhu sedang berada di atas untanya, tiba-tiba cambuknya terjatuh. Sahabat yang berada di bawahnya segera hendak mengambilkannya tetapi Abu Bakar mencegah. Ia kemudian turun dan mengambilnya sendiri karena tidak mau membuat repot orang lain.
Karena itu, Al Fudhail menasehatkan agar dalam bertemu dan mengunjungi saudara hendaknya kita tidak memberikan PR (pekerjaan rumah) baginya dalam suatu masalah. Maka tepat sekali ungkapan yang terkenal di kalangan orang-orang zuhud, janganlah kau ingini apa yang dimiliki orang lain, niscaya mereka menyayangimu. Kasih sayang dan kebahagiaan akan tercipta manakala kita senang menolong dan tak suka menjadi beban bagi orang lain.


Membayarkan Hutang Orang Lain
Hutang bisa membuat hati resah-gelisah. Karena itu, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memohon perlindungan kepada Allah agar dibebaskan dari lilitan hutang, dalam do'anya:
"Ya Allah sesungguhnya aku meminta perlindungan kepadaMu dari kekhawatir-an, kesusahan, kemiskinan, ketakutan, terabaikannya hutang dan tekanan orang lain." (Muttafaq Alaih)
Lepas dari hutang berarti kebahagiaan dan ketenangan hidup. Maka termasuk membahagiakan orang lain jika kita membayarkan hutang mereka.
Dalam kehidupan orang-orang shaleh dikisahkan, Masyruq pernah mempunyai hutang yang sangat banyak. Tetapi secara diam-diam Khaitsamah membayarkan dan melunasi hutang-hutang Masyruq sehingga ia terbebas dari lilitan hutang. Dan pada saat lain, Khaitsamah juga mengalami lilitan hutang yang amat banyak. Secara diam-diam pula Masyruq yang sudah membaik perekonomiannya melunasi seluruh hutang saudaranya tersebut.
Dengan membayarkan hutang orang lain berarti kita memudahkan kehidupannya juga keluarganya. Kita pun dengan demikian -insya'allah - akan dimudahkan Allah dalam kehidupan kita, baik di duniamaupun di akherat.


Mendo'akan Orang Islam
Di antara hal yang harus dimiliki oleh setiap muslim adalah rasa peduli kepada sesamanya dengan selalu mendo'akan mereka, baik yang masih hidup maupun mereka yang sudah meninggal, seperti berdo'a untuk dirinya sendiri. Rasul Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
"Doanya seorang saudara muslim untuk saudaranya muslim yang lain tanpa sepengetahuannya adalah tidak ditolak." (HR. Al Bazzar dengan sanad shahih)
Abu Darda' berkata, sesungguhnya aku benar-benar mendoakan 70 orang dalam satu sujudku, aku sebut nama mereka satu per satu.
Imam Muhammad Al Asfahani suatu kali pernah ditanya, siapakah saudara yang baik itu? Beliau menjawab, yaitu saudara yang sedih atas kepergianmu saat keluarga-mu yang lain membagi-bagikan dan bersenang-senang dengan harta warisanmu.. Ia berdoa untukmu di kegelapan malam, sedang dirimu berada dalam tanah basah. Marilah memperbanyak do'a untuk saudara-saudara kita sesama muslim. Bahkan meskipun mereka telah meninggal dunia.
Sesungguhnya masih banyak kebaikan yang dapat kita lakukan sehingga orang lain menjadi bahagia. Ukurannya adalah diri kita sendiri. Bila kita senang dengan suatu perlakuan -dan tentu ia tidak dalam hal maksiat kepada Allah- maka pasti orang lain akan senang pula dengan perlakuan yang sama. Itulah yang semestinya terus menerus kita lakukan sehingga dengan demikian kita menjadi penabur kebaikan dan kebahagiaan bagi orang lain di muka bumi ini.

Read More
Posted on
Makna Kekayaan
Kaya bukan bererti berharta yang banyak
Siapakah orang kaya itu? Menurut Syekh Ismail al-Harawi, orang kaya sesungguhnya bukanlah mereka yang kaya materi, melainkan mereka yang kaya hati.
"Yaitu orang yang hatinya istiqamah (teguh) dalam menjalankan perintah Allah, dan menjauhi larangan-Nya. Ia selalu mengingat Allah dan merasa bahwa Allah selalu mengawasi setiap gerak-gerinya."
Read More
Posted on
Hidup umat manusia akan sesat tanpa pedoman wahyu. Oleh itu kita umat Islam dididik agar sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar diberikan petunjuk bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Setiap hari jika kita merupakan hamba Allah yang sentiasa mendirikan kewajipan sembahyang maka sudah tentu sekurang-kurangnya kita akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari semalam di mana dalam surah tersebut kita disuruh berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang lurus.Di sini akan diperjelaskan serba sedikit tentang jenis hidayah yang diperolehi oleh manusia bagi meneruskan perjalanan hidupnya di dunia yang fana ini.

Pertama : Hidayah al-Wijdan at-Tabie'i yang bererti petunjuk yang timbul daripada perasaan mengikut tabiat semenjak lahir ke dunia seperti lapar, dahaga, panas, sejuk, sakit dan lainnya. Sebagai contohnya bagaimana seorag anak kecil akan menangis untuk keselamatan dirinya di mana tangisan itu bertujuan meminta si ibu atau pengasuhnya supaya menguruskannya. Setelah mendapat layanan atau pengurusan yang secukupnya maka petunjuk daripada rasa puas dalam diri anak kecil itu menyuruh dia agar berhenti menangis.

Kedua : Hidayah al-Hawas iaitu petunjuk pancaindera yang lima iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera ini memang perlu bagi keselamatan diri manusia dalam menjauhi sesuatu yanhg membahayakan serta menimbulkan perasaan untuk mendekati sesuatu yang memberi manfaat kepada diri. Namun begitu petunjuk pancaindera ini tidak sentiasa benar kerana banyak keadaan mata melihat barang yang lulus jadi bengkok, lidah tersalah merasa di mana sesuatu yang manis dirasanya pahit, hidung tersalah bau di mana sesuatu yang harum dirasa busuk dan selainnya. Kesimpulan daripada sini maka kita dapati bahawa petunjuk pancaindera tidak cukup dalam menjaga keselamatan manusia di mana kita semua memerlukan petunjuk yang lebih tinggi untuk mencapai keselamatan diri.

Ketiga : Hidayah al-'Aqal iaitu petunjuk berasaskan akal iaitu suatu alat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai penimbang dan memikirkan sesuatu yang disampaikan oleh rangsangan pancaindera dan apa yang timbul daripada perasaan tabie'i. Setelah ditimbang dan difikirkan oleh akal maka manusia dapat bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat yang dirasakan dapat memberi kebahagiaan untuk dirinya. Tetapi setelah melihat apa yang berlaku di hadapan mata kita bagaimana petunjuk berasaskan akal semata-mata turut gagal untuk menggapai kebahagiaan yang sejati kerana tahap penggunaan akal adalah terbatas. Tindakan berasaskan akal semata-mata seringkali tersilap di mana sesuatu yang difikirkan baik tetapi menjadi sebaliknya. Oleh itu Allah telah menganugerahkan petunjuk yang lebih tinggi daripada petunjuk akal kepada mereka yang dikehendakiNya dalam mencapai jalan yang lurus untuk kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Keempat : Hidayah ad-Diin iaitu petunjuk dari langit yang dinamakan agama yang bererti peraturan yang diturunkan oleh Allah untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia samada yang berbentuk individu atau masyarakat ramai. Melalui petunjuk agama maka seseorang itu dapat menguji dan memperbetulkan pendapat berasaskan akalnya menerusi pertimbangan neraca agama. Seseorang itu dapat tahu tentang kebenaran dan kebahagiaan yang mesti dicapai berasaskan kehendak agama bukannya semata-mata melalui pendapat akal semata-mata. Melalui petunjuk agama juga maka perjalanan hidup seseorang itu lebih terjamin dan terkawal. Namun begitu ramai juga golongan yang cerdik pandai dalam urusan agama yang tersalah langkah dan tersesat daripada petunjuk Allah yang sebenar. Ramai mereka yang faham agama turut tersesat jalan walau pun telah pun dianugerahkan dengan petunjuk agama. Perkara ini tetap berlaku kerana mereka tidak dianugerahkan hidayah yang paling tinggi. Mereka mungkin hanya mengetahui tentang agama melalui pembelajaran dan pembacaan sehingga menyentuh hati tetapi tidak mampu menggunakannya secara betul kerana masih belum diberi hidayah yang lebih tinggi.

Kelima : Taufik iaitu pemberian petunjuk berserta dengan anugerah kemahuan dan kesanggupan dalam diri untuk berbuat segala sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Apabila diri kita diberikan taufi maka bukan sahaja kita mengetahui tentang sesuatu itu yang baik untuk dikerjakan dan sesuatu buruk untuk ditinggalkan tetapi segala anggota kita turut diberi kekuatan untuk melaksanakan segala itu untuk mencapai keredhaan Allah. Taufiq hanya terletak pada tangan Allah Yang Berkuasa sahaja tanpa mampu dimiliki oleh sebarang makhluk walau dia seorang rasul sebagaimana nabi kita Muhammad s.a.w sendiri tidak mampu memberi hidayah taufiq kepada bapa saudara kesayangannya Abu Tolib.
Setelah mengetahui serba sedikit tentang hidayah maka marilah kita sama-sama sentiasa memanjatkan doa kepada Rabbul Jalil agar terus melimpahi inayah dan taufiq hidayahnya kepada kita semua dalam mencari kebahagian di dunia dan akhirat
Read More
Posted on
Buat kali ke-54 seluruh rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama menyambut tarikh 31 Ogos bagi sama-sama mengingati hari kemerdekaan negara. Senyuman manis terus terukir di bibir dan perasaan gembira memenuhi sanubari atas nikmat kemerdekaan yang telah dicapai ketika adanya negara yang terus terjajah dan baru dijajah. Namun begitu sorak sorai dan tempikan melaung kalimah merdeka tidak mampu menutup banyak masalah sosial yang terus menghantui negara. Merdeka disambut tanpa dapat membezakan antara untuk menyatakan kegembiraan atas nikmat merdeka disamping mengingati jasa para pejuang kemerdekaan atau hanya tahu berseronok sahaja tanpa mengenali hakikat kemerdekaan dan siapa diri kita yang kebanyakannya terus sesat dengan budaya penjajah yang merosakkan. Jika perkara yang baik diambil daripada penjajah maka ia tidak mendatangkan bahaya sebaliknya kebanyakan yang diambil ialah barangan buangan penjajah sendiri termasuk cara berpakaian yang tidak mencerminkan sebagai seorang insan yang bermaruah serta akhlak yang teruk mengalahkan binatang. Apakah merdeka hanya setakat bebas untuk berseronok tanpa menghiraukan apa yang sepatutnya diperolehi dan dicapai oleh sesebuah bangsa yang merdeka. Adakah merdeka bagi umat Islam hanya setakat bertambahnya masjid untuk solat sedangkan umat Islam selepas merdeka lebih suka meninggalkan solat apatah lagi untuk menghampiri masjid ditambah lagi dengan serangan terhadap majlis ilmu di masjid lebih bacul daripada penjajah.Oleh itu tanyalah diri sendiri apakah cukup setakat menyambut merdeka dengan hanya mengibar bendera dan menjerit kalimah merdeka sedangkan hakikat kemerdekaan tidak dihayati dengan sebaiknya. Adakah kita boleh dakwa bahawa diri kita sudah mengenang jasa pejuang kemerdekaan sedangkan apa yang mereka benci iaitu penjajahan sistem dan budaya yang merosakkan Islam semakin subur terutama ketika menyambut kemerdekaan.
Takhta dan harta dianggap sebagai lambang kehebatan seseorang tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu mulia dan dalam banyak keadaan akan menyebabkan manusia menjadi hina di dunia dan akhirat. Apabila takhta dipegang oleh orang gila kuasa dan orang yang gila harta dunia tanpa menghiraukan garisan agama akan menyebabkan rakyat hanya boleh melaungkan merdeka sedangkan mereka dijajah oleh bangsa mereka sendiri. Apabila manusia boleh dijual beli melalui rasuah dan sebagainya maka rakyat akan merana apabila banyak kebenaran dibenamkan oleh kesesatan, keadilan ditelan oleh kezaliman, sifat kemanusiaan ditenggelam oleh nafsu kebinatangan. Keadaan negara menjadi kacau bilau apabila manusia tidak lagi mempercayai antara satu sama lain kerana masing-masing boleh dibeli seperti  binatang ternakan. Orang yang amanah didustakan manakala pembohong dijadikan pimpinan yang disanjung. Pemimpin yang terbaik bagi masyarakat yang telah rosak ini ialah bukan daripada kalangan orang yang berilmu dan bertaqwa tetapi dari kalangan orang jahil tetapi pandai menyembunyikan kejahatan mereka di mana pandangan akal mereka berteraskan nafsu sentiasa digunakan dalam melawan kebenaran wahyu. Sayyidina Umar al-Khottab pernah berpesan kepada pemimpin negeri dan masyarakat yang telah dilantik dalam suatu majlis di mana katanya: Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu membuatkan dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna. Oleh itu kita mesti lahir sebagai orang yang bijak dan bertaqwa agar masyarakat ini dapat dibina dengan baik. Penjajahan pemimpin yang jahil dan sesat tidak dapat dirasai dan disedari melainkan oleh masyarakat yang berilmu sehingga dapat membezakan antara tuntutan wahyu dengan hasutan nafsu serta bertaqwa kepada Allah.
Kerosakan akhlak yang kini semakin serius di sekolah mencacatkan lagi sambutan merdeka. Keganasan dalam bertindak serta melampau dalam tingkah laku generasi muda yang bakal memimpin negara lahir dicelah-celah kerakusan pemimpin dalam mempertikaikan keadilan Allah, penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w, kebiadapan terhadap para ulama' serta tekanan yang hebat terhadap pusat pengajian agama ditambah dengan serangan terhadap pakaian ulama'. Pelajar di sekolah yang kini telah dikurangkan pelajaran agama ditambah dengan pencantuman antara pendidikan moral dan sivik atas alasan untuk selaraskan semua agama telah membawa kesan yang buruk tetapi kerana agenda politik maka ia disembunyikan. Mereka bagaikan mahu menutup kelemahan dengan membina bangunan sekolah yang tinggi dan indah sedangkan pelajar di dalamnya hilang harga diri dan punah.Jika pemimpin sentiasa menghina keadilan perundangan Allah maka kini mereka dicuba di mana sistem mereka telah melahirkan binatang daripada insan. Jika pemimpin menghina nabi maka kini pelajar membenci sunnah nabi dan kebanyakan suruhan agama yang dibawa oleh nabi. Jika pemimpin memerangi ulama' maka kini pelajar bukan sahaja tidak hormat pada guru malah bertindak ganas menyerang guru. Jika pemimpin melarang daripada berpakaian cara ulama' maka pelajar lebih suka berpakaian ala barat yang menjolok mata dan meloyakan. Jika pemimpin tanpa rasa takut dan malu menghina Islam maka pelajar tanpa rasa bimbang untuk meninggalkan kewajipan agama. Masalah bertambah parah bila pelajar mengikut jejak langkah pemimpin yang teruk. Oleh itu dalam menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar maka pemimpin mesti terlebih dahulu menunjukkan contoh teladan yang baik dengan berakhlak mengikut ajaran Islam serta menambahkan lagi pengajian agama di sekolah bukan membuangnya. Selepas itu hidupkan suasana masyarakat yang berpegang kepada agama agar pelajar dapat menjaga peribadi semasa berada dalam pagar sekolah dan di luarnya. Islamlah pemimpin barulah rakyatnya patuhi ajaran Islam.

Read More
Posted on

"Iman tak dapat diwarisi..Dari seorang ayah yang bertaqwa..Ia tak dapat dijual beli..Ia tiada di tepian pantai..walau apa pun caranya jua..Engkau mendaki gunung yang tinggi..Engkau merentas lautan api..Namun tak dapat jua dimiliki..Jika tidak kembali kepada Allah..."


     Itulah antara lirik  lagu Iman Mutiara yang didendangkan oleh kumpulan nasyid sensasi Raihan.Ia mengingatkan kita tentang nikmat iman yang begitu tinggi nilainya hasil anugerah Allah yang Maha Kuasa. Tanpa iman apalah erti diri kita dan kehidupan ini. Sedangkan seluruh makhluk Allah bertasbih menyucikan Allah daripada perkara yang syirik. Betapa hinanya dan kerdilnya diri  kita jika tidak diberi nikmat iman yang begitu berharga ini.Kita juga teringat firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qosas yang bermaksud : Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk.

    Kita telah melihat beberapa peristiwa yang berlaku kepada nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah S.A.W sendiri di mana keimanan merupakan anugerah Allah bukannya boleh diwarisi dan diniagakan. Kita juga dapat melihat bagaimana pertempuran antara iman dan kufur terus berlaku sehingga hari qiamat.Anugerah iman ini tidak diberikan begitu sahaja kepada kita malah kita mesti diuji sebagaimana firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut yang bermaksud : Adakah manusia menganggap bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui mereka yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui mereka yang berdusta".Iman kita sentiasa diuji setiap masa samada dengan sesuatu yang kecil atau pun yang besar. Berapa ramai dikalangan kita terus hanyut dengan godaan dan hasutan nafsu yang menggila dan tidak sedar imannya hampir terlucut daripada dirinya.  Berapa ramai umat Islam hari ini yang hanya Islam pada kulit dan kata-katanya sahaja sedangkan kelakuan dan tindakan mereka tidak melambangkan keimanan mereka kepada Allah secara menyeluruh. Hasil pelaksaan sistem sekular melahirkan lebih ramai umat Islam yang hanya nampak Islam dan menunaikan kewajipan Islam hanya ditikar sembahyang dan juga pada rukun Islam yang lima sahaja. Mereka menganggap bahawa Islam hanya setakat itu sahaja sedangkan pada hakikatnya Islam bukanlah agama ruhani semata-mata tetapi ia juga melibatkan perkara keduaniaan yang selari dengan kehendak Pencipta iaitu Allah.


Ingatlah firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas yang bermaksud : dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang membuat kerosakan.

    Lihatlah bagaimana nabi Ibrahim terpaksa menghadapi ayahnya Azar yang merupakan seorang kafir penyembah berhala dan tidak mendengar malah menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh nabi Ibrahim.Walau pun seorang ayah tetapi nabi Ibrahim tetap melawan kerana kekufurannya kerana iman tidak mampu berkompromi dengan kekufuran. Begitu juga nabi Nuh yang terpaksa bertembung dengan kedegilan dan kekufuran anaknya Kan'an begitu takabbur. Pada mulanya nabi Nuh tetap mengatakn bahawa anaknya itu merupakan daripada kalangannya tetapi setelah diherdik oleh Allah maka nabi Nuh terus berlepas diri daripada anaknya yang kufur itu. Kita dapat lihat bagaimana akhirnya bila diminta agar anaknya itu beriman dalam keadaan dia dihanyutkan oleh banjir yang besar tetapi dia tetap menolaknya sehingga akhirnya dia mati dalam kekufuran. Kasih seorang bapa walau pun nabi Nuh sebagai seorang nabi tetapi tidak mampu meniupkan iman ke dalam dada anak yang tersayang kerana iman merupakan anugerah Allah. Begitu juga dengan isteri nabi Nuh yang engkar dengan dakwahnya.Begitu juga dengan isteri nabi Luth yang dihancurkan bersama kaumnya yang degil kerana tidak mahu mendengar dakwah nabi Luth agar meninggalkan perbuatan yang luar tabi'e iaitu liwat.walau pun dia tidak turut sama melakukannya tetapi dia telah berperanan dalam memberitahu kaum nabi Luth tentang kedatangan dua malaikat yang berupa manusia yang kacak yang menyebabkan kaum mereka terus menuju ke rumah nabi Luth untuk melakukan sesuatu yang terkutuk.Siapa yang tidak sayang kepada isteri? Tetapi isteri walau pun merupakan orang yang paling rapat kepada suami tetapi seorang suami tidak mampu memberi hidayah kepadanya.Kisah tentang kekufuran isteri nabi Nuh dan Luth ini di beritahu oleh Allah melalui ayat 10 surah at-tahrim yang bermaksud : Allah membuat isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth perumpamaan bagi orang-orang yang kafir. Kedua-duanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami lalu kedua-dua isteri itu mengkhianati kedua-dua suami (mereka). Maka kedua-dua suami mereka tidak dapat membantu mereka sedikit pun daripada (siksa) Allah dan dikatakan (kepada kedua-duanya) : " Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka). Kita lihat lagi mengenai kisah Samiri yang merupakan orang yang dididik sendiri oleh malaikat Jibril turut kufur malah membawa kesyirikan dengan mencipta lembu daripada emas kepada bani Israel sehingga mereka sesat sepanjang peninggalan nabi Musa untuk bermunajat kepada  Allah di bukit Tur Sina. Di sini kita dapat lihat bagaimana malaikat pun sama dengan manusia iaitu tidak mampu memberi nur iman kepada seseorang kerana iman adalah hak Allah untuk dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Begitulah juga dengan apa yang berlaku kepada keluarga terdekat Rasulullah S.A.W sendiri yang menentang perjuangan Islam dan bapa saudaranya sendiri yang sentiasa melindunginya iaitu Abu Tolib sendiri mati dalam keadaan tidak mengucap dua kalimah syahadah.

    Kita dapat melihat apa yang sebaliknya berlaku seperti teguhnya iman nabi Musa walau pun berada di bawah jagaan keluarga angkatnya yang mana Fir'aun sendiri kufur malah mendakwa sebagai tuhan. Begitu juga kekuatan iman Mashitah dan ahli keluarganya walau pun bekerja dengan Fir'aun sehingga mereka mati syahid dalam kawah yang panas.Kita lihat bagaimana permaisuri Fir'aun iaitu Asiah yang tabah walau pun disiksa oleh Fir'aun apabila mengehaui keimanannya.Bagaimana keimanan seorang budak yang kukuh dan merupakan anak murud kepada ahli sihir diraja Namrud tetapi kekentalan imannya hasil daripada pengajiannya dengan seorang alim sepanjang perjalanan pulang dari istana menyebabkan dia lebih memilih untuk mati dalam iman daripada tunduk kepada kekufuran.Iman keluarga Amar bin Yasir yang menyebabkan mereka disiksa sehingga gugur syahid dan Rasulullah S.A.W telah menyatakan :" Sabarlah wahai keluarga Yasir sesungguhnya syurga sedang menantimu". Kita juga dapat lihat keimanan Suhaib bin ar-Rumi yang sanggup meninggalkan segala harta kekayaannya atas permintaan kafir quraisy semata-mata ingin berhijrah ke Madinah dalam mencari kebahagiaan yang hakiki.Begitulah juga apa berlaku kepada beliau pada malam pengantin di mana ketika mendengar panggilan jihad, dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini untuk turun ke medan jihad. Dia gugur syahid dalam peperangan ini dan ketika tentera Islam memeriksa mayatnya didapati mayat itu basah. Lalu Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa dia telah dimandikan oleh malaikat. Bagaimana kentalnya iman Bilal bin Rabah ketika menghadapi siksaan daripada tuannya. Jika kita fikirkan apa sebenarnya yang diharapkan oleh seorang hamba abdi dengan mempertahankan iman sehingga disiksa begitu teruk melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah.  Kita juga dapat menyaksikan keislaman Umar al-Khattob berkat doa Rasulullah S.A.W walau pun sebelum Islam terkenal dengan samsengnya sehingga beliau pernah berkata : Sekali pun kaldai al-Khattob memeluk Islam tetapi Umar tetap tidak Islam.Begitulah contoh-contoh yang lain sebagai peringatan kepada kita bagaimana iman ni bukan boleh dikecapi dengan mudah dan ia juga tidak dianugerahkan begutu sahaja tanpa ada sebarang ujian bagi menguji kekentalan keimanan kita. Bersedialah kita setiap masa bagi memastikan keimanan kita tetap dan terus teguh walau pun apa pun berlaku. Jangan sekali-kali cuba melakukan sesuatu yang akan merosakkan iman kita. 

     Kita tak mahu lahir sebagai orang yang hanya Islam pada kulit dan kata-kata tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Terus redha berada dalam kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia dan tidak mahu melaksanakan Islam secara lengkap. Mahu memerintah Islam bukannya mahu Islam memerintah mereka.Di hadapan kita ada dua pilihan samada Islam atau kekufuran. Maju dengan Islam atau mundur dengan kekufuran. Kembali megah dan bertamaddun dengan Islam atau hina dan melarat dengan kekufuran.Menjajah dengan Islam atau terjajah oleh kekufuran. Iman anugerah Allah dan Dia boleh mencabutnya bila-bila masa sahaja jika Dia mengkehendakinya. Tidak takut dan gerunkah kita jika iman kita ditarik dan hati kita berubah kerana kita tak mahu tunduk dan patuh kepada Allah seratus peratus malah dalam hati kita masih ragu-ragu dengan keadilan hukum Islam. Seriuskah kita untuk melihat Islam terlaksana sepenuhnya atau pun kita sudah berpuasa hati dengan apa yang ada. Ingatlah kedatangan Rasulullah S.A.W bukan semata-mata untuk mengajar cara beribadat tetapi juga untuk mengajar cara memerintah dan mentadbir negara. Mengapa kita terus rela berada di bawah kepimpinan seorang yang bodoh dengan Islah dan menghina ulama'?. Atau kita takut untuk melihat Islam terlaksana kerana masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum?. Tidak pernahkah kita terbaca ayat 93 surah an-Nahlu yang bermaksud : 


Dan jika Allah mengkehendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat(saja) tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendakinya dan memberi petunjuk kepada yang dikehendakiNya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.


Sesungguhnya setiap penciptaanNya ada hikmat tersendiri dan kita mesti tunduk dan patuh serta melakukan segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai seorang hamba yang mesti beribadat dan khalifah yang mengurus urusan berdasarkan Islam bukannya hawa nafsu yang menggila.Apa ruginya kita berada di bawah pemerintahan dan sistem Islam dan apakah untungnya kita terus berada bawah sistem ciptaan manusia?. Allah telah menggariskan perundanganNya untuk kita laksanakan dalam memerintah alam maya ini. Oleh itu mengapa kita mesti menciptakan sistem selain sistem Allah.Siapa kita berbanding Allah yang mencipta kita?

Read More
Posted on

IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya.

Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:

               "Tuhan yang memiliki hari Akhirat."

Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :

     "Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."

Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya.
Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.

Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu. 

  
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :


"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." 

[Surah al-Ma'un : ayat 4-5]

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :

"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa yang kita perolehi dari solat yang tidak khusyuk itu.

Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Jika dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah.

Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang.

Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.

Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.

Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.

Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk lansung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.

Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.

Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Alah, meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang.

Firman Allah Taala yang berbunyi:


"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati." 

[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]

Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......


Read More