Tafsir Surah An-Nisa' ayat 34

Pukulan Untuk Mendidik

"Adapun hak kamu ke atas mereka bahawa mereka tidak membenarkan
hamparan-hamparan kamu diduduki oleh orang yang kamu benci. Jangan pula
mereka izinkan rumah-rumah kamu dimasuki oleh mereka berkenaan. "Adapaun
hak mereka ke atas kamu ialah kamu membuat baik terhadap mereka dengan
menyediakan pakaian dan makanan yang secukupnya kepada mereka."

Apakah yang dimaksudkan dengan pukul yang tidak mencacatkan. Ada ulama
mengatakan pukulan seumpama itu ialah termasuk menampar dan  menumbuk.

Seorang ulama Tabiin, Ato' bertanyakan Ibnu Abbas: "Apakah pukulan tidak
mencacatkan itu?."Ibnu Abbas menjawab: "Pukul dengan menggunakan berus
gigi (siwak) atau seumpamanya."

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar r.a. pernah memukul isterinya kemudian
beliau dicela  atas perbuatannya itu.Beliau ditanya mengapa beliau
memukul isterinya.

Umar menjawab: "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: "Tidak ditanya pada hari qiamat, orang lelaki yang memukul
kerana mengajar isterinya."

Allah SWT telah menjadikan perempuan solehah itu , lebih baik dari dunia
dan segala isinya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:"Sebaik-baik perempuan itu ialah apabila engkau melihatnya
kamu bergembira. Dan apabila engkau memerintahnya dia mentaati mu. Jika
engkau tidak ada di sisinya dia memelihara dirinya dan menjaga harta
kamu."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Suka ataupun tidak jika aku
memberitahu bahawa sebaik-baik sesuatu yang disimpan oleh seorang lelaki
itu (suami) ialah perempuan solehah. Apabila dia melihat perempuan itu
dia bergembira, apabila dia menyuruh, perempuan itu  mentaatinya.
Apabila lelaki itu tiada di sisinya, perempuan berkenaan memelihara
dirinya."

Adapun perempuan derhaka itu ialah  perempuan yang tidak taat kepada
suami dalam perkara yang diperintahkan Allah SWT atau mentaati suami
yang menyuruhnya melakukan perbuatan yang diharamkan Allah SWT seperti
zina dan seumpamanya.

Seorang perempuan itu tidak akan derhakakan suami sekiranya dia tidak
taat kepada suaminya yang menyuruhnya melanggari perintah Allah SWT. 

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Categories:

Leave a Reply