Biasanya seseorang yang hendak berjalan jauh, ia akan memastikan bahwa
segala kelengkapan dan keperluan perjalanan mencukupi. Antara kaedah yang dianjurkan dan digunakan adalah menyediakan suatu senarai untuk dibuat "checklist". Dari senarai ini lah ia nya akan disemak sebelum sesuatu perjalanan bermula.
Begitulah juga diri kita ini, yang mana haruslah kita sedar bahawa kita akan menjalani beberapa siri penjalanan yang bukan sahaja jauh tetapi kekal abadi. Perjalanan yang di maksudkan adalah perjalanan menuju ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat.
Sebaik-baik persiapan atau bekalan dalam perjalanan ini adalah taqwa yang mana ia nya dapat menyelamat kita di sana.Orang Islam yang berfikiran jauh akan meletakkan negeri akhirat ini sebagai matlamat hidup nya dengan menjadikan dunia ini se bagai jambatan menuju ke akhirat.
Kalau kita lihat sekumpulan pelancong yang sedang bersiar-siar di negara kita, bila kita tanya asal dari mana, apa tujuan datang ke negara ini dan selepas ini akan kemana. Mereka akan menjawap dengan segera dan penuh yakin tentang perjalanan siri perlancongan mereka. Tetapi jika mereka menjawap
mereka tak tahu mereka dari mana, sekarang ini berada di mana dan selepas
ini hendak ke mana mungkin kita akan mengatakan mereka ini gila atau sekurang-kurangnya tidak ada arah tujuan. Begitu lah jua dengan manusia yang seharusnya tahu dari mana asal kita, apa tujuan Allah ciptakan kita di dunia ini dan selepas ini kita akan pergi kemana.
Setiap detik masa yang berlalu, ia nya tidak akan datang semula buat selama-lamanya. Ini juga bererti bahawa setiap detik masa berlalu maka semakin jauh kita meninggalkan dunia dan semakin hampir kita untuk menuju ke akhirat. Jika kita cinta pada dunia sehingga selalu lupa tentang akhirat, harus lah kita sedar bahawa kita sedang semakin jauh meninggalkan apa yang kita cintai dan semakin hampir dengan apa yang kita selalu lupa. Oleh itu wajarlah kita selalu mengingatkan apa yang semakin hampir dengan kita agar kita akan memperbanyakkan persiapan untuk menuju kesana.
Dari menyiapkan bekalan menuju akhirat ini adalah penting supaya kita tidak tertipu dengan mendahulukan apa yang tidak sepatut nya dan meninggalkan apa yang kita perlu lakukan dahulu. Sebagai contoh, ada manusia yang memperbanyakkan sedekah setelah mengetahui tentang fadhilatnya sehinggakan ia lupa untuk melakukan solat 5 waktu atau melakukannya dengan sambil lewa. Harus kita ingat bahawa solat 5 waktu ini merupakan ibu segala ibadah yang mana sebagai ibu ia akan melahirkan segala kebaikan-kebaikan yang lain pula. Jangan lah kita tertipu dengan amalan supaya apa yang kita lakukan itu tidak sia-sia.
Sekian untuk renungan bersama.

Categories:

Leave a Reply